Khamis, 29 April 2010

KELURGA KU, SYURGAKU..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dari semalam hingga petang ni dah bergelumang dengan buku CTU sebab esok exam CTU. Kepala dah full sangat dengan maklumat2 unutk esok. So relakskan diri kejap. Buka la blog ni. Tapi bukan nak cerita pasal exam ke nasihat ke pe ke. Hari ni nak cerita sikit pasal my beloved Family.

Ibu saya yang tercinta memang terkenal kat Padang Rengas. Kira famous la gitu! Cakap je ANA KUNDAS, semua orang kampung tau. Maknanya kundas ibu saya memang dapat tempat di hati peminat2 nya yang setia la (orang kampung especially). Kenapa? Sebab SEDAP sesangat! Apa benda kundas tu? Mesti tertanya-tanya kan. Kundas tu sejenis kuih, macam cakoi tapi agak lebar sikit. Lebih kurang besar tapak tangan. Rasanya agak manis2 sikit. Boleh makan macam tu atau cicah dangan kuah kacang special yang ibu saya buat. Kalau makan kundas yang baru digoreng, pergh! Krup,krup,krup bunyinya! Sedap!!

Ibu jual kundas tu kat pekan untuk sara kami adik-beradik. Lepas arwah ayah dah takde, kundas ibu jela yang menambahkan pendapatan keluarga. Tapi kitorang takdela dikategorikan sebagai miskin.Kira kaya la juga. Tak semestinya "kaya" tu banyak duit berpuluh ribu. Tapi kami ni cukup makan, pakaian pun berlebihan walaupun income tak sampai RM1000. Happy hidup kami!































Adik2? Ehmm.Semua dah besar panjang. Yang bongsu sekarang ni dah Darjah 6. Hasan namanya. Agak nakal1 Tapi normal la kan budak2. Perangai dia macam saya. Aktif sukan. Tapi kalau ada pemilihan , mesti terlepas! Takde rezeki la tu. Dia ni minat BM. Agak ke arah sastera la juga. Bagi math, ehm tak terjawab la. Cuba suruh buat ayat/karangan, MANTAP!Tu la kelebihannya Kalau suruh nyanyi ingat je lirik. Tapi kalau suruh ngaji, kroh2, cepat je dia tidur.Ai macam2 gelagat! Ni picture dia:

















Saya ada seorang je adik perempuan, namanya Nadiah Amirah. Sekarang dah F5. Hope dia buat yang terbaik for SPM 2010! Actually adik2 saya semua exam besar tahun ni. UPSR, PMR & SPM. Harap diorang boleh buat the best! Panggilan dirumah 'Kak Chik'. Agak cerewet tapi teliti orangnya. Suka sangat2 dengan kucing! Sama macam akaknya juga. Diala yang tolong ibu saya goreng kundas pagi2. Boyfriend? Single lagi. Dia pun tak minat nak bercintan-cintun macam kawan2 dia. Bagus2. Saya kalau ada apa2 problem atau cerita HOt, selalu la share dengan Kak chik. Tapi kitorang selalu la juga bergaduh. Tapi bila dah jauh2 duduk, baru rasa RINDU ! Tu la namanya adik-beradik kan. Air yang dicincang tak kan putus.
Ni kak chik:
















Lagi sorang adik saya, boy. Sekarang dah F3. Namanya Yazid. Awek? dah ada. Gatei sikit yang ni. Gatal nak ada makwe. Tapi dari segi study ok la. Nampak rajin nya tu. Dia ambil kelas Arab. So kalau suruh Ajid speaking Arab, bole la kot sikit2. Tapi dia ni, kalau suruh berhujah bagus. Sebabnya kat rumah kalau lawan cakap dengan dia, ada je ideanya nak mematahkan cakap orang lain. Geram juga! Ajid ni agak famous di kalangan kawan2, cikgu2 & student2 perempuan. Nak kata hensem, tak la hensem sangat. Tapi dia rajin tolong cikgu2nya. Tu yang cikgu2nya sayang kat dia. Saya pun sayang kt adik2 saya even sometimes buat akaknya ni panas hati.
Untuk gambar dia, saya tak dah terdelete. So tak dapat nak upload gambarnya kat dalam blog ni.

Abang2? Saya ada 2 orang abang. Hensem2 la juga. Yang sulung Mohd Salihin. Kat rumah kami panggil Abang IN. Sekarang dah kerja kat KWSP. Kerja sebagai apa? RAhsia. Kahwin? Belum lagi. So, sesiapa yang baca blog ni, kalau nak berkenalan dengan abang IN ,bole! Saya dan ibu tertunggu-tunggu sape la calon isterinya. Saya nak juga akak ipar, timang anak sedara. Bestnyer!!

Abang yang second, Mohd Zahid. Orangnya kecil molek, tinggi sikit dari saya. Sesape tengok dia, boleh cair orang perempuan dibuatnya! Saya? Tak cair langsung! Keras lagi adalah. Kat rumah kami panggil dia Abang Zahid. Takde nama special. Dia ni kelakar, sangat kelakar . Susah nak masam, asyik senyum je. Ibu cakap, " Abang Zahid tu kalau ibu tengah marah kat dia, senyum aje. Daripada nak marah, langsung tak jadi marah". Tu la penangan senyum abangku yang sorang ni. GAMBAR dioarang saya tak simpan. Simpan kat dalam hati je.

Nil la Family saya. Pasal saya? Boleh tengok kat my profile k. So that's all for today!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan