Rabu, 28 April 2010

RAkan2 Yang Ku Rindui!

Bismillah..DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Mudah-mudahan hari ini mendatangkan kebaikan kepada saya dan orang sekeliling saya.
Hmm...Banyak yang diceritakan. Hari makin pagi,sekarang ni time yang sesuai nak buat Qiam. Petang tadi lepas dah satu lagi paper. Alhamdulillah, berjaya juga jawab (even main jawab je) tapi semua itu datang dari Allah. Kalau tak berjaya mungkin sebab usaha saya kurang.Apa-apa pun benda dah lepas kan.

Lepas habis exam, sembang dengan kawan2. Cerita pasal KAWAN, hari ni Hari Jadi SAHABAT saya, Ieda. Dalam pukul 10 malam kami sambut birthday dia ramai2. Kami makan kek sama2. Then, time buka hadiah! banyak juga hadiah Ieda dapat. Tapi sedih & jelous sikit kat kawan2 lain sebab semua dah bagi gifts kat Ieda. Turn saya? Ehmm, sori sangat2 sebab takde present. Bukan saya taknak bagi, tapi bila teringat kat ibu, adik2 & abang2, family sendiri tak diberi hadiah, macam mana nak bagi hadiah kat kawan. Tapi jika ada rezeki insyaAllah saya cuba bagi present.Apa2 pun, doa saya insyaAllah sentiasa mengiringi kawan2 yang saya kasihi!

Semalam, saya dapat jemputan dari kawan lama MRSM LENGGONG di Facebook. Dia ajak ambil result SPM kat maktab(rindunya nak balik maktab!)Nak buat reunion sekali la kiranya. Seronok juga event tu! Diorang dah plan macam2 aktiviti yang menarik (ada paintball! I want to try it!)waktu reunion nanti. InsyaAllah takde aral melintang ke sana la nanti.

Tapi, buat rakan2 semaktab yang dirindui! Kenapa bila tengok gambar kat Facebook, ramai yang dah berubah (dari segi pakaian & aspek fizikal). Apa yang buat kalian berubah? Alhamdulillah buat rakan2 yang berubah ke arah kebaikan. Tapi rakan2 yang berubah ke arah kurang penghayatan Islam? Nauzubillahhimin zalik! Harap berubahlah jadi insan yang baik( akhlak & penampilan). Saya tahu kalian semua baik2 belaka.

Bagi rakan2 perempuan! Jangan lah memakai pakaian yang ketat2 walaupun bertudung. Kalian still kelihatan bagaikan gadis yang bertelanjang. Orang lelaki still boleh tengok susuk tubuh kalian yang cantik tu! TOLONG LA! TOLONG jaga penampilan di luar. You all pakai tudung, tapi jarang! pendek! nampak buah dada! Kalau masih teringat ayat al-Quran (maaf tak ingat surah mana) waktu F5, Allah menyuruh orang2 perempuan menutup leher dada dengan tudung. Kenapa rakan2 yang saya rindui melaksanakan perintah tersebut! Ke dah terlupa pasal potongan ayat tu. Tolong fikir2kan kembali. Saya pun bukanlah baik mana. Tapi ini semua just nak ingatkan kawan2 & diri saya juga. Moga2 kita semua mendapat keampunan dan rahmat Allah yang Luas itu!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA BLOG INI!

1 ulasan:

  1. Sori da beberapa perkataan tertinggal, tak semak dulu before post. ANtara ayat2 yang perlu diperbertulkan:

    Paragraph terakhir- "Kenapa rakan2 yg saya rindui TAK melaksanakan perintah tersebut!"

    BalasPadam