Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 20 September 2013

Siri Panadol Bisnes – 7 Jenis Modal Magik Pemilik Bisnes

Hari ini saya ingin kongsikan info menarik teantang bisnes. Info ini saya ambil dari http://www.majalahniaga.com/
Dunia bisnes hari ini berbeza jika dibandingkan 10 tahun dahulu. Zaman sebelum ini, perniagaan hanya untuk orang-orang dewasa yang berusia 25 tahun ke atas sahaja.
Hari ini, ekosistemnya berubah secara drastik. Generasi-Y mula mendominasi dunia perniagaan. Generasi-Y adalah generasi yang lahir pada awal tahun 1980-an.

Generasi-Y dan Teknologi 60 Saat

Kajian-kajian menyatakan, kebolehan generasi-y mendominasi dunia perniagaan adalah disebabkan oleh bantuan teknologi. Teknologi yang popular dan telah membantu golongan ini mendapatkan maklumat dengan pantas adalah laman enjin carian.
Atau lebih spesifik, Google.
Taip sahaja, “Bagaimana untuk memulakan perniagaan,” maka ratusan juta maklumat akan dihidangkan dalam masa kurang 60 saat.

1 Berjaya, 9 Melingkup

Dalam masa sama, tidak semua generasi-y berjaya. Majoritinya tersungkur, jatuh tersembam, terhantuk dinding besi dan terjun bangunan bunuh diri. Faktor kegagalan yang ketara adalah tidak mempunyai 7 jenis modal magik sebagai usahawan.
Magik bermaksud modal penting. Iaitu modal yang dapat mengurangkan tekanan dan kegagalan dalam bisnes. Khususnya untuk peringkat 3 tahun pertama. Iaitu pada peringkat bisnes baru belajar bernafas dalam industri.

7 Jenis Modal Magik Bisnes

#1 – Modal Hala Tuju

“Tahu tempat yang mahu kita tuju. Tahu kenderaan apa yang mahu guna. Tahu jalan apa yang mahu kita lalu.”
Mempunyai impian yang jelas merangkumi 3 elemen yang disebutkan di atas:
    1. Tahu tempat yang kita mahu tuju.
    2. Tahu kenderaan apa yang kita mahu guna.
    3. Tahu jalan apa yang kita mahu lalu.
Tempat yang kita mahu tuju bermaksud memahami cerita akhir (ending) perniagaan. Ada beberapa jenis cerita akhir yang membantu para usahawan untuk berjaya. Antaranya:
    • Menghasilkan RM1,000,000 dan menjual perniagaan itu.
    • Mewujudkan 5 anak syarikat dan mempunyai 30 pekerja.
    • Membina yayasan menerusi baki lebih keuntungan perniagaan.
Kenderaan dan jalan pula merujuk kepada 6 modal magik yang seterusnya.

#2 – Modal Berkuli

“Orang berjaya sentiasa tinggalkan jejak kejayaannya. Tidak perlu habiskan masa melakukan perkara yang kita sendiri tidak jelas.”
Cari orang yang sudah berjaya dalam perniagaan yang kita mahu ceburi. Jalan paling murah untuk belajar dengan orang berjaya adalah dengan menjadi kuli.
Masuk ke syarikat mereka. Bekerja dengan bersungguh-sungguh. Sambil bekerja, lihat bagaimana syarikat itu beroperasi. Belajar selok-belok menerusi pengalaman.
Dengan cara ini, kita dapat cantas lalang-lalang dan kurangkan risiko gagal hangus apabila memulakan bisnes.

#3 – Modal Belajar

“Usahawan adalah pelajar. Mereka sentiasa belajar. Dengan belajar, mereka memperoleh strategi baru untuk tingkatkan prestasi bisnes.”
Ilmu adalah mutiara. Orang bisnes yang kaya dan terus kaya adalah mereka yang bijak adaptasi dengan ilmu yang baru. Kodak yang dahulu hidup dengan bisnesnya selama puluhan tahun, kini tenggelam ke dasar atas sebab lokek ilmu untuk adaptasi dengan teknologi baru.
Sebelum dan semasa berbisnes, modal kita adalah ilmu. Uruskan masa untuk hadir ke majlis-majlis ilmu berkaitan dengan dunia bisnes. Selain memperoleh ilmu, kita juga memperoleh kawan-kawan bisnes yang baru.
Melepak dan minum kopi dengan kawan-kawan bisnes jauh lebih baik, berbanding melepak dengan kawan-kawan yang suka habiskan duit dan tidak berikan untung.

#4 – Modal Syarikat

Daftar syarikat adalah tanda komitmen. Bangunkan syarikat kecil dengan matlamat gergasi. Daftar syarikat enterprise sebagai permulaan. Kemudian daftar akaun bank semasa bagi mengasingkan aliran tunai.
Mulakan syarikat kecil dengan pendaftaran nama perseorangan. Jika ada rakan kerjasama (partner), hasilkan kertas hitam putih (black & white agreement) supaya tidak menimbulkan konflik di masa akan datang.

#5 – Modal Pelanggan

Dalam bisnes, fokus pada golongan yang bagi duit ke dalam akaun bank. Golongan itu adalah pelanggan.
Ivan Lee, pengasas jenama Thai Express berkata,
Listen to your customers. Not your consultants.
Laburkan masa untuk lebih mengenali pelanggan. Mengenal pelanggan memberikan kelebihan kepada kita untuk membekalkan produk atau servis, yang menepati citarasa pelanggan.
Kemahiran mengenal pelanggan adalah kemahiran yang mahal. Ia adalah aset penting dalam bisnes sebelum mengatur sebarang strategi pengiklanan dan pemasaran.

#6 – Modal CA (Customer Acquisition)

Iklan akhbar, Facebook Ads, blog, brosur, dan sebagainya bergerak sebagai modal strategi dalam bisnes.Strategi-strategi yang betul dapat membantu kita untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Jalan terbaik untuk mewujudkan strategi pemasaran yang kebal dan mesra pelanggan adalah mempunyai saluran yang kita pegang. Sebagai contoh, jenama Majalah Niaga.
Jika Facebook tutup secara tiba-tiba, jenama ini masih mampu berdiri teguh. Majalah Niaga mempunyai saluran pemasaran mereka sendiri iaitu blog. Bisnes yang ada saluran pemasaran sendiri sukar ranap akibat keruntuhan saluran lain (Facebook, forum dan sebagainya).

#7 – Modal Aliran Duit

Business is all about money come in and go out.
Banyak duit bisnes tidak bermakna banyak duit peribadi. Duit bisnes dan duit peribadi adalah dua akaun yang berbeza. Mencampur aduk kedua-dua jenis duit ini ibarat menjemput malapetaka.
Seorang usahawan muda yang dahulunya kaya dengan duit bisnesnya, kini terduduk dan hampir muflis. Kesilapan besarnya adalah menggunakan duit bisnes untuk menampung simbol-simbol kemewahan peribadinya.
Tempoh matang bisnes adalah 3 tahun minimum. Semasa dalam perjalanan ke arah 3 tahun, bisnes kita akan mengalami waktu bottom up (naik turun) dalam keadaan yang tidak diduga.
Bisnes yang jualannya RM100,000 setiap bulan konsisten selama 1 tahun, bolehmusnah teruk apabila pengurusan tunainya bercampur aduk dengan kemahuan peribadi.
Jalan terbaik adalah mempunyai akauntan untuk uruskan akaun bisnes. Akauntan akan membantu dan memberikan peringatan. Dalam masa sama, belajar untuk bezakan duit bisnes dan duit peribadi.

(Sumber gambar : Ross,  Pulpolux, Mindvalley.com)

Selasa, 6 Ogos 2013

Kisah Gajah dan 6 Sahabat

Alkisah seekor gajah yang tidak ketahui

6 orang sahabat yang dilahirkan buta selalu suka berhujah siapa yang ada cerita terhebat. Pada satu hari, mereka berhujah mengenai binatang besar iaitu gajah.

Mereka pernah mendengar gajah dalam banyak cerita yang diceritakan, tapi mereka tidak pernah melihat kerana buta. Oleh kerana 6 orang sahabat itu bertekad untuk melihat seorang gajah, mereka telah menggaji seorang penggembara bernama Ismail untuk membawa mereka ke hutan dan mencari gajah.

Setibanya di hutan, Ismail membawa mereka berjumpa dengan seekor gajah yang agak jinak. Keenam-enam sahabat cuku teruja dan ingin menyentuh gajah untuk melengkapkan imej gajah yang sering bermain di minda.

Disebabkan mereka buta, tiada yang dapat melihat gajah secara keseluruhan.

“Wahai sahabatku sekalian,” kata lelaki pertama. “Ana rasa jawapan ini secerdik ana – gajah ini bagaikan lumpur yang terkering di bawah matahari terik.

“Sekarang sahabatku sekalian,” kata lelaki kedua dengan yakin. “Ana boleh beritahu gajah ini macam lembing.”

Sahabat-sahabat lain tidak percaya dengan jawapan tersebut.

Orang ketiga pula berkata gajah ini seperti tali manakala yang orang yang keempat itu berkata gajah ini seperti ular.

Orang kelima lebih angkuh dan ketawa terbahak berkata, “Jangan kamu lawan kecerdikan ana. Gajah ini bentuk dia macam kipas.”

Orang keenam pula berkata gajah ini seperti batang pokok. Jawapan ini langsung tidak dipercayai oleh lima sahabat yang lain.

Setibanya di kampung, 6 sahabat ini bergaduh lagi sama-sama mempertahankan versi bentuk gajah mereka adalah jawapan paling tepat kerana semua merasai diri sendiri betul kerana telah menyentuh gajah tersebut.

Semua jawapan mereka separuh betul, walaupun semuanya silap kerana saling hanya menyentuh gajah pada ruang yang kecil sahaja, iaitu telinga, gading, kaki, mulut, belalai dan ekor.

Wahai anakku,
Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri yang bergantung penuh pada pengalaman sendiri. Pengalaman itu adalah seperti sentuhan jari keenam-enam pada badan gajah. Jangan kamu cepat menidakkan satu pandangan tatkala kamu sendiri tidak mendapat gambaran penuh seperti orang buta di atas.

Adakalanya wahai anak kesayanganku, kulit, mata dan telinga kamu merasakan sesuatu yang bermain di minda kamu itu betul, tapi sebenarnya ia hanya separa betul yang tersilap secara keseluruhannya. Ia umpama orang buta tadi meneka bagaimana rupanya seekor gajah tanpa seorang pun daripada mereka yang dapat menyentuh gajah itu secara keseluruhannya.

Wahai anakku,
Aku bimbang engkau menghukum semata-mata berdasarkan rentetan peristiwa dan bukannya bukti yang nyata lalu aku nukilkan cerita di atas. Aku cukup bimbang kamu gagal mengawal mindamu yang mudah bersangka buruk itu yang mudah mengaitkan sesuatu peristiwa yang tidak disukaimu dengan peristiwa yang lain untuk dijadikan sebagai bukti untuk menghukum seseorang walaupun realitinya dua rentetan peristiwa itu tidak berkaitan.

Jangan kerana kamu terpegang tanduk gajah, lalu kamu simpulkan bahawa bentuk gajah seperti lembing seperti orang buta di atas. Elakkan sedemikian untuk menjauhi dosa menfitnah yang bakal menghumbanmu ke neraka.

Senyum.

(dipetik dari https://www.facebook.com/ustaztitm)