Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 18 Disember 2012

Saya Layak BERJAYA!

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini saya membaca sebuah buku motivasi yang berjudul "Aku Layak Berjaya" tulisan Dr. Rozieta Shaary. Buku ini sangat bagus dan sangat membuatkan saya sedang menuju KEJAYAAN yang saya impikan.

Buku ini memberitahu bahawa setiap orang LAYAK BERJAYA. KEJAYAAN bukan satu pilihan, tapi satu kemestian. Sebenarnya, setiap orang dilahirkan untuk BERJAYA. Allah tidak menjadikan saya & anda sia-sia. Tapi Allah cipta kita di dunia untuk kita mencipta KEJAYAAN. Semua orang tahu bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk mentadbir alam ini. Makanya, kita lah yang menentukan bagaimana diri kita. Mahu menjadi pentadbir yang bagus atau pentadbir yang sia-sia. Pilihan di tangan kita.

Orang yang BERJAYA adalah orang yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa MENULIS IMPIAN mereka. Bagi yang baru tahu hal ini, segera ambil TINDAKAN. Senang saja:

Ambil pen dan kertas. TULIS IMPIAN ANDA. Baca setiap hari impian anda dan lihat hasilnya.
Pastikan IMPIAN atau MATLAMAT anda JELAS. Inshaa Allah, anda pasti berjaya!

Lagi satu, pasang NIAT atau tetapkan AZAM anda setiap hari. Menurut Imam al Ghazali, apabila ada suatu niat (pemikiran) terbentuk di dunia ghaib iaitu fikiran (minda) dan disertakan dengan khusyuk (ghairah) di dalam hati, maka sebuah molekul akan terbentuk di alam nyata atau fizikal.
Maknanya, jika anda memikirkan MATLAMAT anda disertai dengan keinginan untuk mencapainya, maka anda akan BERJAYA CAPAI MATLAMAT tersebut.

 Dalam hadis Imam Nawawi :

Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab r.a, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang diniatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang diniatkan.



Seterusnya, apa yang perlu anda lakukan ialah anda mesti memilih kata-kata yang positif . Anda juga harus ajukan soalan-soalan yang positif pada diri anda. Kata-kata yang boleh anda pilih seperti : "Saya boleh buat punya", "Saya pasti berjaya!", "I can do this", "Oh, senang je".

Soalan-soalan yang anda boleh ajukan pada diri anda : "Macam mana nak tingkatkan jualan hari ini", "Apa tindakan aku untuk berjaya?", "Apa alternatif lain untuk aku dpt capai keuntungan hari ini?" dan sebagainya. Saya rasa anda sudah mula mempunyai idea kan.

"Jika MINDA penuh dengan pemikiran POSITIF, anda menjadi seorang yang berkeyakinan. Begitu juga sebaliknya!" (Dr. Rozieta Shaary)


Jadi apa tunggu lagi. Tetapkan AZAM sekarang, TULIS impian, POSITIFKAN Minda, dan capai KEJAYAAN anda!

Sebut SAYA LAYAK BERJAYA.