Kejayaan bukan sesuatu yang boleh datang bergolek macam tu saja. Mesti ada strategi yang betul baru boleh tempa kejayaan yang indah. Cara yang terbaik untuk memperoleh kejayaan mesti ada USAHA, diikuti dengan DOA dan BERTAWAKAL kepada Allah selepas dah berusaha sehabis mungkin.
Saya ada dengar satu talk dari seorang ustaz ni. Beliau beritahu pelajar yang ada krisis selalunya akan berjaya dan maju dalam hidupnya. Kebiasaannya, pelajar yang berjaya ni terdiri daripada pelajar miskin. Jarang jumpa pelajar kaya yang ada banyak duit boleh skor pointer 3.5 ke atas. Kalau adapun hanya segelintir je. Sebab apa pelajar miskin boleh dapat kejayaan yang indah ni? Macam yang saya beritahu tadi la, pelajar miskin ni banyak berdepan dengan krisis, antaranya krisis hidup, tak cukup makan, tak cukup duit dan tak ada tempat tinggal. Jadi apabila mereka ni tahu yang mereka tak mampu dari segi kewangan dan tiada tempat tinggal, mereka akan gunakan peluang yang ada, contohnya dapat masuk universiti, mereka akan buat yang terbaik supaya lepas graduate senang dapat kerja dan dapat sara keluarga di kampung.
Jadi sesiapa yang yang ada masalah dan berdepan dengan krisis; tak kisahla krisis cinta ke, krisis kewangan ke atau apa-apa krisis, anda sepatutnya bersyukur sebab dari masalah tersebut lah, kejayaan anda akan bermula,. Bukanlah saya maksudkan setiap orang kena ada krisis baru kejayaan muncul. Ada juga sesetengah orang yang tak dilanda masalah tetap menempa kejayaan yang cemerlang. So akhir kata, kepada sesiapa yang berasa beratnya masalah yang dihadapi, yakinlah KEJAYAAN yang INDAH akan menyusul jua dalam hidup anda kerana setiap yang berlaku sama ada buruk atau baik datangnya dari ALLAH jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan