Ahad, 25 April 2010

DUGAAN OH DUGAAN!

Bismillahirrahmanirrahim..

Mata tak dapat nak lelap, so saya terus buka blog kawan2 dan blog saya juga!Nak dptkan ayat2 semangat sikit! Pagi2 buta macam ni tak tahu nak pikir ape2 lagi,blank plak. Tadi waktu baca blog rakan2 dan blog Ust Amin, rupanya banyak benda yang saya belajar.

Tetiba saya terfikir (sekarang ni baru terfikir) kita ni tulis blog untuk ape ek? Saya juga terpikir saya ni tulis blog untuk berdakwah, tapi waktu tulis tu ada rasa bangga diri, harapkan org lain baca blog supaya diorang puji blog kita bagus. Ishk3! Terukkan(saya la tu).Ehmm. Betullah manusia tu tak sempurna, walaupun zahirnya nampak hebat, bertudung litup, jalan pun tunduk, tapi kadang2 rohaninya fikir perkara2 mungkar, maksiat. Astaghfirullahalazim! Walaupun pada masa tu tengah dengar ayat2 suci al-quran. Sedihnya jadi orang macam ni!

Dunia2! Banyak betul dugaannya, bertali arus pulak tu. sampai tak nampak pengakhirannya. Walaupun nak buat baik, ada je dugaan yang datang, ditambah dengan hasutan2 jahat syaitan yang mencucuk-cucuk diri ini. Ya Allah aku mohon keHadratMu ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, permudahkanlah segala urusan ku,untuk aku berubah menjadi hambaMu yang lebih solehah. Ya Rabbul Alamin, ku mohon petunjuk dan hidayah dariMu ya Allah agar aku berada di jalanMu selalu. Serta hindarilah diriku daripada gangguan syaitan yang durjana yang cuba memasukkan perasaan riak, ujub & takbur ke dalam diriku walaupun ketika aku sedang menulis blog ni! ku benar2 mohon perlindungan dariMu ya Allah dari gangguan makhluk mu(syaitan) itu ya Allah. Amin2 ya Rabbil Alamin.

1 ulasan:

  1. salam

    menulis untuk memberi. InsyaAllah.

    Dulu kita begitu juga. Sekarang pun masih. Kena sentiasa mujahadah yang aku tulis blog ni kerana Allah.

    semoga Allah hindarkan kita dari tergolong orang yang riak dan ujub. Ameen

    BalasPadam