Khamis, 22 April 2010

Exam Dah Nak Bermula!

Salam ukhuwah, salam alaiyk..
Esok bermula la exam pertama saya (berdebar-debar tahap karma ni!). Perjuangan dalam menuntut ilmu bukannya start esok tapi dah start sejak lahir lagi sebenarnya kan. Tapi, kalau dah bergelar student ni, mesti kena face exam juga kan. Dari situ kita boleh tahu keupayaan kita mengenai topik yang dah belajar for the whole one semester right. Moga-moga perjuangan dalam peperiksaan yang bermula esok (untuk course yang saya ambil) akan memperoleh kejayaan yang indah (sebab nama sy kan maksudnya kejayaan yg indah!). Buat sahabat2 yang seangkatan juga, good LUCK for tomorrow and for the whole weeks of examination. Harap-harap exam kali ini kita semua dapat buat yang terbaik, The BEST from the BEST! Study SMART not Study HARD! (Peringatan buat diri sendiri juga). All The Best. Sebelum tutup tirai story ni, saya ada sikit bait2 puisi untuk santapan sahabat2:

ILMU pelita hidup
sering kita mendengarnya
ILMU penerang jiwa
selalu diberitahu kepada kita
ILMU duniawi
selalu dicari-cari
dan manusia sering bersaing untuknya
Tapi ILMU ukhrawi
sering dilupai
jarang dicari-cari
sukar melihat manusia kini
bersaing-saing mendapatkannya.
Wahai MANUSIA,
Jangan kita menuntut ILMU
untuk dapatkan ganjaran Dunia
untuk dapatkan HARTA & PANGKAT semata-mata
Tapi, niatkanlah
Aku mahu tuntut ILMU
untuk mendapatkan Keredhaan ILAHI
Ingatlah, setiap amalan bergantung kepada NIAT
NIATkan duniawi dapatlah dunia ini
NIATkan lillahi taala, dapat dua-dua sekali
Wahai SAHABAT
semoga ILMU yang diperoleh
dimanfaatkan untuk
kehidupan dunia & akhirat.
SEMOGA KEJAYAAN menjadi MILIK KITA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan