Jumaat, 28 September 2012

IDOLA

Alhamdulillah, hari ini dah masuk Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang penuh barakah, yakni hari di mana doa dimakbulkan Allah, selawat kita kepada Nabi Muhammad saw akan dihadap kepada Baginda, dan paling best hari terakhir bekerja mahupun belajar, boleh la bersantai-santai esok.

Hari ini nak kongsi tentang "Idola" ataupun bak kata P.Ramlee, "...pujaan hatiku...". Saya yakin dan pasti kebanyakan orang mesti ada idola masing-masing kan, sampaikan rancangan realiti, 'Malaysian Idol' pun ditayangkan. Betapa berpengaruhnya Idola terhadap peribadi individu. Ada  sesetengah orang menjadikan artis sebagai idola mereka, ada pula yang menjadikan kartun anime sebagai idola mereka(especially lelaki) sehingga sanggup berhabis duit untuk menyerupai idola kesayangan mereka. Hebat, hebat.

Tapi, adakah idola seperti itu yang mahu dijadikan contoh terbaik? Adakah kita boleh mencontohi akhlak mereka sedangkan mereka tidak menutup aurat? Berpeleseran ke sana ke mari, melakonkan adegan-adegan yang tidak elok dan sebagainya. Sepatutnya idola adalah seseorang yang kita boleh jadikan contoh terbaik dari segi kelakuannya, akhlaknya,agamanya, dan cara hidupnya. Idola yang terbaik sepanjang zaman adalah Rasulullah saw, diikuti ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan para wali Allah serta alim ulama. Merekalah yang sepatutnya menjadi kegilaan kita. Berapa ramai di antara kita yang mengenali para ulama kita di Malaysia? Bagaimana ulama-ulama di negara lain? Kenalkah pembaca ulama-ulama kontemperari dan siapa mereka sebenarnya? Saya yakin ramai di kalangan kita yang tidak kenal ulama-ulama kita, termasuk lah diri ini. Saya sendiri pun hanya mengenali beberapa tokoh ulama yang masyhur sahaja. Jadi, kita kena muhasabah diri, sejauh mana kita mencintai Rasulullah dan alim ulama. Kurangkanlah, kalau boleh jauhkanlah menjadikan artis yang buruk akhlaknya(walaupun kacak/cantik rupanya) sebagai idola anda. Mereka hanya sesuai dijadikan pengajaran buat kita.

Idola saya yang paling saya kagumi adalah Saiditina Khadijah. Pada saya, Saiditina Khadijah sangat istimewa kerana beliaulah yang paling dicintai Rasulullah, mempunyai akhlak yang begitu mulia, seorang ahli perniagaan yang berjaya, isteri yang  solehah, dan mempunyai akidah yang teguh. Malahan pada zaman Jahiliyah, beliau begitu taat pada agama Hanif sehingga digelar "Wanita Suci". MasyaAllah, betapa hebat dan mulianya wanita ini. Saya teringin sangat mempunyai akhlak yang terpuji seperti beliau, ingin menjadi ahli perniagaan yang berjaya seperti beliau, dan mahu menjadi isteri yang solehah seperti beliau yang dicintai oleh suami kerana agama dan akhlaknya. Wah, betapa hebatnya kalau dapat mencontohi Saiditina Khadijah. Beliaulah orang pertama yang menyahut seruan dakwah Baginda, beliaulah yang sanggup menginfakkan harta dan hasil perniagaan demi perjuangan Islam, beliaulah yang mampu melahirkan anak dan beliaulah yang mendapat salam yang istimewa daripada Allah. Subhanallah, mulianya Saiditina Khadijah. Masih wujudkan wanita seperti beliau. Ya Allah, izinkanlah aku dan kami semua kaum wanita mempunyai akhlak dan agama yang mulia seperi Khadijah. Aminn. Bagi saya, Saiditina Khadijah wanita yang hebat, tak mampu ditandingi oleh sesiapa pun walau secantik mana pun rupa parasnya.

Saya mahu mempunyai ciri-ciri peribadi mulia yang ada pada  Saiditina Khadijah di dalam diri saya. Dialah inspirasi saya. Saya berdoa semoga kita semua mempunyai ciri-ciri mulia seperti Saiditina Khadijah. Insyaallah. Akhir kalam, selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarga Baginda dan para sahabat Baginda.

Wallahualam.

Khamis, 27 September 2012

MONOGAMI vs POLIGAMI

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Alhamdulillah semoga semua pembaca dalam keadaan sihat dan bertenaga pada pagi ini. Sudah beberapa hari ini saya begitu tekun membaca novel terkini tulisan Fatimah Syarha dan suaminya yang bertajuk "Cinta High Class & Cintaku kerana Agamau". Sangat menarik. Buku ini memaparkan bagaimana cara untuk mencari pasangan yang soleh dan solehah, cara merisik bakal pasangan kita, adab-adab&cara berkomunikasi yang menjaga batas sepanjang tempoh pertunangan. Buku ini juga turut menceritakan tentang perkara yang paling disukai oleh kaum wanita, iaitu "MONOGAMI" atau mudahnya disebut kahwin satu isteri. Rupa-rupanya barulah saya tahu sebenarnya Rasulullah saw sangat suka perkahwinan monogami berbanding poligami. Jika kita susuri sirah Nabi Muhammad saw, kita akan dapati bahawa Rasulullah saw melaksanakan monogami selama 25tahun bersama Saiditina Khadijah dan hanya berpoligami selama 10tahun sahaja. Hebatnya! Selama ini saya tak pernah tahu Rasulullah begitu sukakan amalan monogami sehinggalah saya terbaca novelet ini. Indahnya sunnah Rasulullah yang tidak diketahui oleh ramai orang ini. Beruntunglah kepada kaum wanita kerana anda ada hak sebenarnya untuk memilih monogami dalam perkahwinan yang bakal dilaksanakan ataupun yang sudah berkahwin.

Alhamdulillah, segala pujian yang menggunung tinggi terhadap Allah kerana memberi keadilan kepada kaum wanita dalam bab pernikahan ini. Sebenarnya kebanyakan para ulama sudahpun membahaskan hukum monogami ini secara meluas dan salah seorangnya adalah Prof Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Huraian beliau tentang kelebihan monogami ini terdapat di dalam buku beliau yang berjudul "Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan" dan karangan oleh Wahbah Zuhaili yang bertajuk "Al-Fiqh wa Adillatuhu" terjemahannya Fiqh Perundangan Islam. Kupasan yang begitu menarik tentang hukum monogami dan poligami. Menurut Wahbah Zuhaili dalam bukunya "Al-Fiqh wa Adillatuhu" dibenarkan agar suami tidak berpoligami sah dimasukkan ke dalam syarat taklik. Banyak lagi kupasan daripada para ulama' berkenaan isu ini yang tidak mampu saya tuliskan dalam blog ini. Saya rasa lebih baik pembaca sendiri yang membaca novelet "Cinta High Class" ini untuk dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan isu ini. Bagi yang sudah membaca, terutama para wanita,saya yakin pasti anda berasa sangat gembira dan lega kerana hukum bermonogami sangat digalakkan dalam Islam. Kini hak anda sudah pun terbela.

Setakat ini sahaja ulasan yang saya mampu berikan kerana ada tugasan lain yang sedang menanti saya dan pembaca semua. Semoga ruangan kali ini memberi makna kepada kaum Hawa diluar sana. sekian.
















Jumaat, 8 April 2011

IBADAT

Assalamualaikum w.b.t Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni. Hari ni Allah mendetikkan hatiku untuk menulis dalam blog yang tercinta ini. Pembaca2 blog semua apa khabar? Semoga anda semua termasuk diri ini sentiasa di dalam rahmat Allah. Amin..


Ibadah


Jika ditanya apa itu ibadah, pasti ramai yang akan menjawab, "ibadah tu solat fardu" , "ibadah tu berpuasalah, zakat, ala, yang rukun Islam tuu..". Memang tidak dinafikan semua yang disebutkan itu adalah ibadah. Namun tidak semua orang Islam kini benar-benar memahami makna ibadah yang sebenar.


Pengertian ibadah Dalam buku 'Ibadah Dalam Islam' tulisan Prof. Yusof Al-Qardhawi, menurut pendapat ahli-ahli bahasa, perkataan ibadat berasal dari bahasa Arab: 'Ain, Ba, Dal dan pengertiannya dalam buku-buku bahasa lain bermakna patuh, taat, setia, tunduk, menyembah, menghina dan memperhambakan diri kepada yang lain.


Menurut Prof. Yusof Al-Qardhawi juga, ibadat itu kemuncak bagi segala jenis tunduk sama ada tunduk yang berupa taat, tetapi taat kepada Allah secara tunduk dan menghinakan diri adalah ibadat, dan ibadat sebenarnya ialah sejenis tunduk yang tidak layak menerimanya melainkan Allah al-Khalik yang mengurniakan pelbagai jenis nikmat yang tinggi seperti nikmat hidup, nikmat faham, nikmat pendengaran, nikmat pnglihatan dan sebagainya.


Pendapat Syeikh Ul-Islam Ibnu Taimiyah


Ibnu Taimiyah ulama Islam yang terkenal dengan gelaran Syeikh ul-Islam memandang kepada ibadat dari sudut yang lebih luas lagi mendalam. Beliau berpendapat di samping pengertian asal ibadat iaitu kemuncak ketaatan dan ketundukan bahawa ibadat juga membawa erti yang amat penting bukan saja dalam agama Islam tetapi dalam semua agama, iaitu unsur kasih dan cinta yang mana tanpa unsur ini tujuan ibadat sebagaimana yang diperintah Allah tidak akan berhasil. Tegasnya, tanpa perasaan suci ini tidak akan wujud ibadat yang menjadi objektif manusia dijadikan diatas bumi ini, para rasul diutuskan dan kitab-kitab samawi Ilahi diturunkan.


Dalam risalahnya yang berjudul Al-Ubudiah, Syeikh Ul-Islam ibnu Taimiyah menyatakan ibadat asal maknanya kehinaan tetapi ibadat yang diperintah Allah atau yang disyarakkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri sesorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepada Ilahi. Hendaklah Allah yang ditumpukan ibadat kepada-Nya itu dikasihi lebih daripada sesuatu yang lain. ALLAH disisi 'Abid lebih mulia lebih agung dari segala sesuatu bahkan tidak ada sesuatu yang berhak kepada kasih, cinta dan tunduk sepenuhnya dari seseorang hamba melainkan Allah juga. Sebaliknya pula, kasih dan cinta kepada yang lain dari Allah adalah cinta palsu dan memuliakan sesuatu tanpa perintah dari Allah adalah batil.


Wallahualam...

Sabtu, 23 Oktober 2010

Detik-detik yg menyeronokkan

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, mlm tadi dah dapat study TAX dengan housemate. Sebelum ni tak faham topik Basis Period, tapi semenjak malam tadi, dengan bantuan housemate2ku, alhamdulillah berjaya juga memahamkan topik tersebut. "Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan". Memang betul kata pepatah Melayu tu. Kalau kita benar2 berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan, insyaAllah Allah akan mempermudahkan jalan untuk kita menuju kejayaan tersebut. Paling PENTING berusaha bersungguh-sungguh, berikhtiar, berdoa, dan bertawakal kepada Allah. Semua element ini mesti ada.

Buat adik-adikku yang sudah ataupun belum mengambil peperiksaan (UPSR,PMR, SPM), akak doakan semoga adik2 semua mendapat keputusan yang cemerlang. Walaupun dah habis exam, jangan lupa terus berdoa dan berharap kepada Allah semoga pemeriksa kertas jawapan adik2 lembut hati memberi markah yang bagus bagi setiap subjek.

Buat sahabat2 ku yang tersayang, Final Exam dah semakin hampir. Jadi mari kita sama2 berusaha, berdoa & bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik kita bersama. Saya pasti ramai kawan2 yang dah pasang azam dan target untuk semester. Semoga apa-apa yang kita pinta dan kita azamkan itu benar di makbulkan Allah. Amin...

Jadi, tingkatkan amal, banyakkan bersedekah dan berpuasa, jangan lupa TELEFON IBU AYAH minta RESTU daripada mereka, moga2 kita mendapat berkat dan rahmat serta dipermudahkan urusan oleh Allah Taala. InsyaAllah.

So, gambate2x!!

Selasa, 8 Jun 2010

Nak Couple...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah tadi baru dengar tazkirah daripada seorang kakak. Akaun juga. Namanya kak Nisa. Tadi kak Nisa beri tazkirah mengenai COUPLE. Walaupun dah acapkali mendengarnya tapi hal ini perlu sentiasa diingatkan, lebih-lebih lagi kepada diri ini yang sedang berada di alam Remaja dan sedang menuju ke alam BELIA. Menurut kak Nisa, waktu zaman Belialah kita kena tingkatkan ibadah dan amalan kebajikan sebab waktu ini yang akan menentukan zaman DEWASA kita nanti. Kalau pada masa BELIA kita boleh membentuk diri menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, insyaAllah amalan itu akan berterusan ke zaman DEWASA hingga ke masa tua.

Pasal isu "COUPLE", kak Nisa sedang menyiapkan sebuah buku yang bertajuk " Bagaimana aku menjauhi couple". InsyaAllah akan diterbitkan tidak lama lagi. Isu couple dah lama menguasai minda anak muda zaman moden ini, termasuklah diri saya. Memang tak dapat dinafikan setiap remaja ingin sangat mempunyai TEMAN yang berlainan jantina. Memang sudah fitrah manusia lelaki sukakan wanita, begitu la sebaliknya. Tapi perlu ada cara yang betul untuk meluahkan rasa cinta di hati. Ada adab-adab yang disediakan. ISLAM itu cukup indah sebab ISLAM itu diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara adab-adabnya seperti menjaga ikhtilat (pergaulan) antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, kalau tak mampu berpuasalah kerana puasa itu dapat melemahkan hawa nafsu, kalau berkemampuan berkahwinlah kerana perkahwinan dapat mencegah diri daripada melakukan maksiat. Malah perkahwinan juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Cantiknya adab-adab yang telah digariskan oleh syariat ISLAM yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Allah meredhai ISLAM sebagai agama untuk dianuti oleh manusia kerana ISLAM itu memenuhi fitrah semulajadi manusia. Betapa hebat dan agung-Nya ciptaan Allah.Betapa kasihnya Allah kepada kita hingga menurunkan Nabi untuk memberi peringatan dan khabar gembira kepada manusia dan orang Islam seluruhnya serta nikmat yang tak terkira banyaknya. Hujan, makanan, naik pangkat, dapat bonus, dapat cahaya mata, memperoleh keputusan yang cemerlang, semuanya itu adalah nikmat dan rezeki dari Allah. Kalau nak dibilang dengan jari pun masih tak terkira banyaknya. Subhanallah! Alhamdulillah!

Jadi, sebagai REMAJA dan BELIA, cubalah jauhi COUPLE walaupun manis pengalaman tersebut tapi mengundang DOSA yang mungkin kita tak nampak. Percayalah, Allah akan mengurniakan kita pasangan yang lebih baik, yang lebih menawan dan , yang lebih romantik dan yang lebih mulia akhlaknya jika kita menjauhi hubungan yang terlarang ini. InsyaAllah.

Sabtu, 29 Mei 2010

PERUBAHAN...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya tengok cerita je. Time2 cuti macam ni memang tak tau nak buat apa. Waktu hari Khamis tengok ramai kawan2 balik kg. Masa tu tak terfikir pulak esoknya cuti Wesak. Boleh pulak lupa masa CUTI. Pelik kan. Tadi call ibu. Rindu sangat2 kat family! Ibu cerita abang Zahid dah banyak berubah. Berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah. Itulah yang saya harap-harapkan. Yela abang2 saya je la harapan saya kelak sebab diorang yang akan jadi WALI saya nanti. Saya memang inginkan seorang wali yang jaga solat, tahu bab ibadah dan faham ISLAM yang sebenarnya. Alahamdulillah abang saya dah mula memahami Islam. Sekarang ni dia dah kerja kat sebuah kilang namanya BONDA. Bagus kilang ni sebab semua staff diajar solat dhuha, baca ma'thurat, beri tazkirah. Ketuanya pun seorang ustaz.Sangat bagus!

Ibu cakap tadi abang Zahid bagi tazkirah sementara tunggu solat isyak. Alhamdulillah. Sebagai adik, saya sangat terharu dengan perubahan ini. Di rumah pun sekarang ni family saya dah solat secara berjemaah. Subhanallah! Semuanya berlaku dengan cepat. Abang Zahid la yang jadi imam. Even dia tak pergi solat kat surau, at least dia nak juga solat berjemaah di rumah. Takpe la biar dia berubah sikit demi sikit. Moga2 suatu hari nanti abangku dapat solat secara berjemaah di masjid.

Buat adik-adikku yang tersayang GOOD LUCK for your MID YEAR EXAMINATION! Akak akan selalu doakan kejayaan adik2 akak. I LOVE U ALL SO MUCH! BUAT YANG TERBAIK! walaupun korang tak baca blog ni doa akak insyaAllah sentiasa mengiringi kalian.

Buat teman2 seperjuangan, moga2 perjuangan kita untuk membawa syiar ISLAM sentiasa mendapat RAHMAT dari Ilahi! Insya Allah. Tolong tegur2 diri ini jika ada buat kekhilafan dan kesalahan. Kadang kala tak perasan buat salah. Buat Ida, kamu selalu motivate rakan2 sekeliling. Thanks a lot! Kadang2 kata2 kamu buat diri ini bersemangat kembali. Alhamdulillah.
Buat Haziqah, be strong girl! Kita sokong kamu dalam PSCUH. DO YOUR BEST IN WAJA DIRI!
InsyaAllah doaku sentiasa mengiringimu. Buat Paah, jadi ketua satu amanah. Tapi kami yakin kamu mampu memimpin kami sebaik-baiknya. Nanti boleh ajar kita banyak lagi perkataan baru B.A.

Last but not least, kepada rakan2ku. seronok ada kawan2 yang sama2 berbuat kebajikan. MUN, DILA, FAZILAH, HAS, IDA, HAZIQAH. Semoga doa Rabitah yang sering kiat baca sama2 mengeratkan hubungan dan ukhuwwah antara kita. Moga2 kita sama2 akan menjadi pejuang ISLAM kelak! TAKBIR!

Selasa, 18 Mei 2010

Bestnya Camp!

Salam alaiyk..

Camp dah lama habis tapi tak sempat-sempat nak share experience dengan kawan2 semua. Adalah dalam 2 minggu lepas. Sebenarnya camp ni anjuran persatuan dalaman kat U jiha. Seronok sangat2! Macam2 aktiviti ada! Paling best apabila nyanyi lagu 'Bingkai Kehidupan'. Bersemangat betul! Even ini camp rohani, ada juga non-muslim yang join kitorang. Akak2 fasilitator kata dia yang paling bersemangat. Jiha pun semagat juga! Sebenarnya semua orang bersemangat nyanyi lagu tu. Lagu tu bawa mesej yang penting sebenarnya. Dalam lirik lagu ni ada 5 perkara yang perlu difahami & dihayati oleh muslim iaitu;

1. Allah ghoyatuna - Allah adalah tujuan kami
2. Ar Rasul Qudwatuna - Rasulullah teladan kami
3. Al-Quran dusturuna - Al-Quran pedoman hidup kami
4. Al-Jihadu sabiiluna - jihad adalah jalan juang kami
5. Al-Mauti fi sabilillah asma amanina -mati di jln Allah adalah cita2 kami tertinggi.

Jadi nanti mai ramai2 copy lagi ni kat youtube ok!

Slot yang paling sedih sekali adalah MUHASABAH DIRI. Dalam slot ni, peserta2 termasuk saya diarahkan berjumpa dgn kapten kapal. Kami kena bayangkan yang kami sedang berada dalam kapal titanic yang hampir karam. Jadi kami kena yakinkan kapten2 kapal (fasilitator) kenapa saya mesti hidup. Selagi tak memuaskan jawapan diberikan, kena patah balik ke kapal. Jiha rasa sedih sebab 4 kali percubaan gagal. Sebabnya waktu bagi alasan, masih ada perasaan ego kat dalam diri. Jiha tak cuba kelurkan perasaan Jiha yang sebenarnya. Hinggalah percubaan ke-5 baru Jiha selamat dan yakinkan kapten kapal. Sebenarnya, dalam slot ini, kita kena lepaskan segala masalah yang kita hadapi dan luahkan masalah yang terbuku di hati tu. Memangla kita taknak ceritakan problem kita pada insan yang kita tak kenal and stranger kan. Tapi apabila kita dapat luahkan perasaan kita yg terbuku kat dalam hati selama ni, memang sangat2 lega. Tapi tak semua orang nak share problemnya even didesak kan. Depend on that person jugalah. Mcm Jiha, jiha ceritakan juga perasaan masalah yang tak pernah2 nak dikongsi dgn org lain even family sendiri akhirnya luahkan kat akak fasi. Tapi harap2 akak fasi yang dgr kisah jiha yg menyayat hati tu boleh keep the secret. Memang malu. Alhamdulillah, sekarang ni dah lega sikit, cuma kena Jiha kena berubahla sikit-sikit hingga jadi 'orang' & insan bertaqwa. InsyaAllah.

Rasanya mata ni dah kuyu sangat2. Mengantuk sangat2!. OK good night and minta maaf banyak2 kepada semua pembaca blog saya ni.