Assalamualaikum w.b.t Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni. Hari ni Allah mendetikkan hatiku untuk menulis dalam blog yang tercinta ini. Pembaca2 blog semua apa khabar? Semoga anda semua termasuk diri ini sentiasa di dalam rahmat Allah. Amin..
Ibadah
Jika ditanya apa itu ibadah, pasti ramai yang akan menjawab, "ibadah tu solat fardu" , "ibadah tu berpuasalah, zakat, ala, yang rukun Islam tuu..". Memang tidak dinafikan semua yang disebutkan itu adalah ibadah. Namun tidak semua orang Islam kini benar-benar memahami makna ibadah yang sebenar.
Pengertian ibadah Dalam buku 'Ibadah Dalam Islam' tulisan Prof. Yusof Al-Qardhawi, menurut pendapat ahli-ahli bahasa, perkataan ibadat berasal dari bahasa Arab: 'Ain, Ba, Dal dan pengertiannya dalam buku-buku bahasa lain bermakna patuh, taat, setia, tunduk, menyembah, menghina dan memperhambakan diri kepada yang lain.
Menurut Prof. Yusof Al-Qardhawi juga, ibadat itu kemuncak bagi segala jenis tunduk sama ada tunduk yang berupa taat, tetapi taat kepada Allah secara tunduk dan menghinakan diri adalah ibadat, dan ibadat sebenarnya ialah sejenis tunduk yang tidak layak menerimanya melainkan Allah al-Khalik yang mengurniakan pelbagai jenis nikmat yang tinggi seperti nikmat hidup, nikmat faham, nikmat pendengaran, nikmat pnglihatan dan sebagainya.
Pendapat Syeikh Ul-Islam Ibnu Taimiyah
Ibnu Taimiyah ulama Islam yang terkenal dengan gelaran Syeikh ul-Islam memandang kepada ibadat dari sudut yang lebih luas lagi mendalam. Beliau berpendapat di samping pengertian asal ibadat iaitu kemuncak ketaatan dan ketundukan bahawa ibadat juga membawa erti yang amat penting bukan saja dalam agama Islam tetapi dalam semua agama, iaitu unsur kasih dan cinta yang mana tanpa unsur ini tujuan ibadat sebagaimana yang diperintah Allah tidak akan berhasil. Tegasnya, tanpa perasaan suci ini tidak akan wujud ibadat yang menjadi objektif manusia dijadikan diatas bumi ini, para rasul diutuskan dan kitab-kitab samawi Ilahi diturunkan.
Dalam risalahnya yang berjudul Al-Ubudiah, Syeikh Ul-Islam ibnu Taimiyah menyatakan ibadat asal maknanya kehinaan tetapi ibadat yang diperintah Allah atau yang disyarakkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri sesorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepada Ilahi. Hendaklah Allah yang ditumpukan ibadat kepada-Nya itu dikasihi lebih daripada sesuatu yang lain. ALLAH disisi 'Abid lebih mulia lebih agung dari segala sesuatu bahkan tidak ada sesuatu yang berhak kepada kasih, cinta dan tunduk sepenuhnya dari seseorang hamba melainkan Allah juga. Sebaliknya pula, kasih dan cinta kepada yang lain dari Allah adalah cinta palsu dan memuliakan sesuatu tanpa perintah dari Allah adalah batil.
Wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan