Hari ini saya ingin kongsikan info menarik teantang bisnes. Info ini saya ambil dari http://www.majalahniaga.com/.
Dunia bisnes hari ini berbeza jika dibandingkan 10 tahun dahulu. Zaman sebelum ini, perniagaan hanya untuk orang-orang dewasa yang berusia 25 tahun ke atas sahaja.
Hari ini, ekosistemnya berubah secara drastik. Generasi-Y mula mendominasi dunia perniagaan. Generasi-Y adalah generasi yang lahir pada awal tahun 1980-an.
Generasi-Y dan Teknologi 60 Saat
Kajian-kajian menyatakan, kebolehan generasi-y mendominasi dunia perniagaan adalah disebabkan oleh bantuan teknologi. Teknologi yang popular dan telah membantu golongan ini mendapatkan maklumat dengan pantas adalah laman enjin carian.
Atau lebih spesifik, Google.
Taip sahaja, “Bagaimana untuk memulakan perniagaan,” maka ratusan juta maklumat akan dihidangkan dalam masa kurang 60 saat.
1 Berjaya, 9 Melingkup
Dalam masa sama, tidak semua generasi-y berjaya. Majoritinya tersungkur, jatuh tersembam, terhantuk dinding besi dan terjun bangunan bunuh diri. Faktor kegagalan yang ketara adalah tidak mempunyai 7 jenis modal magik sebagai usahawan.
Magik bermaksud modal penting. Iaitu modal yang dapat mengurangkan tekanan dan kegagalan dalam bisnes. Khususnya untuk peringkat 3 tahun pertama. Iaitu pada peringkat bisnes baru belajar bernafas dalam industri.
7 Jenis Modal Magik Bisnes
#1 – Modal Hala Tuju
“Tahu tempat yang mahu kita tuju. Tahu kenderaan apa yang mahu guna. Tahu jalan apa yang mahu kita lalu.”
Mempunyai impian yang jelas merangkumi 3 elemen yang disebutkan di atas:
- Tahu tempat yang kita mahu tuju.
- Tahu kenderaan apa yang kita mahu guna.
- Tahu jalan apa yang kita mahu lalu.
Tempat yang kita mahu tuju bermaksud memahami cerita akhir (ending) perniagaan. Ada beberapa jenis cerita akhir yang membantu para usahawan untuk berjaya. Antaranya:
- Menghasilkan RM1,000,000 dan menjual perniagaan itu.
- Mewujudkan 5 anak syarikat dan mempunyai 30 pekerja.
- Membina yayasan menerusi baki lebih keuntungan perniagaan.
Kenderaan dan jalan pula merujuk kepada 6 modal magik yang seterusnya.
#2 – Modal Berkuli
“Orang berjaya sentiasa tinggalkan jejak kejayaannya. Tidak perlu habiskan masa melakukan perkara yang kita sendiri tidak jelas.”
Cari orang yang sudah berjaya dalam perniagaan yang kita mahu ceburi. Jalan paling murah untuk belajar dengan orang berjaya adalah dengan menjadi kuli.
Masuk ke syarikat mereka. Bekerja dengan bersungguh-sungguh. Sambil bekerja, lihat bagaimana syarikat itu beroperasi. Belajar selok-belok menerusi pengalaman.
Dengan cara ini, kita dapat cantas lalang-lalang dan kurangkan risiko gagal hangus apabila memulakan bisnes.
#3 – Modal Belajar
“Usahawan adalah pelajar. Mereka sentiasa belajar. Dengan belajar, mereka memperoleh strategi baru untuk tingkatkan prestasi bisnes.”
Ilmu adalah mutiara. Orang bisnes yang kaya dan terus kaya adalah mereka yang bijak adaptasi dengan ilmu yang baru. Kodak yang dahulu hidup dengan bisnesnya selama puluhan tahun, kini tenggelam ke dasar atas sebab lokek ilmu untuk adaptasi dengan teknologi baru.
Sebelum dan semasa berbisnes, modal kita adalah ilmu. Uruskan masa untuk hadir ke majlis-majlis ilmu berkaitan dengan dunia bisnes. Selain memperoleh ilmu, kita juga memperoleh kawan-kawan bisnes yang baru.
Melepak dan minum kopi dengan kawan-kawan bisnes jauh lebih baik, berbanding melepak dengan kawan-kawan yang suka habiskan duit dan tidak berikan untung.
#4 – Modal Syarikat
Daftar syarikat adalah tanda komitmen. Bangunkan syarikat kecil dengan matlamat gergasi. Daftar syarikat enterprise sebagai permulaan. Kemudian daftar akaun bank semasa bagi mengasingkan aliran tunai.
Mulakan syarikat kecil dengan pendaftaran nama perseorangan. Jika ada rakan kerjasama (partner), hasilkan kertas hitam putih (black & white agreement) supaya tidak menimbulkan konflik di masa akan datang.
#5 – Modal Pelanggan
Dalam bisnes, fokus pada golongan yang bagi duit ke dalam akaun bank. Golongan itu adalah pelanggan.
Ivan Lee, pengasas jenama Thai Express berkata,
“Listen to your customers. Not your consultants.“
Laburkan masa untuk lebih mengenali pelanggan. Mengenal pelanggan memberikan kelebihan kepada kita untuk membekalkan produk atau servis, yang menepati citarasa pelanggan.
Kemahiran mengenal pelanggan adalah kemahiran yang mahal. Ia adalah aset penting dalam bisnes sebelum mengatur sebarang strategi pengiklanan dan pemasaran.
#6 – Modal CA (Customer Acquisition)
Iklan akhbar, Facebook Ads, blog, brosur, dan sebagainya bergerak sebagai modal strategi dalam bisnes.Strategi-strategi yang betul dapat membantu kita untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Jalan terbaik untuk mewujudkan strategi pemasaran yang kebal dan mesra pelanggan adalah mempunyai saluran yang kita pegang. Sebagai contoh, jenama Majalah Niaga.
Jika Facebook tutup secara tiba-tiba, jenama ini masih mampu berdiri teguh. Majalah Niaga mempunyai saluran pemasaran mereka sendiri iaitu blog. Bisnes yang ada saluran pemasaran sendiri sukar ranap akibat keruntuhan saluran lain (Facebook, forum dan sebagainya).
#7 – Modal Aliran Duit
“Business is all about money come in and go out.“
Banyak duit bisnes tidak bermakna banyak duit peribadi. Duit bisnes dan duit peribadi adalah dua akaun yang berbeza. Mencampur aduk kedua-dua jenis duit ini ibarat menjemput malapetaka.
Seorang usahawan muda yang dahulunya kaya dengan duit bisnesnya, kini terduduk dan hampir muflis. Kesilapan besarnya adalah menggunakan duit bisnes untuk menampung simbol-simbol kemewahan peribadinya.
Tempoh matang bisnes adalah 3 tahun minimum. Semasa dalam perjalanan ke arah 3 tahun, bisnes kita akan mengalami waktu bottom up (naik turun) dalam keadaan yang tidak diduga.
Bisnes yang jualannya RM100,000 setiap bulan konsisten selama 1 tahun, bolehmusnah teruk apabila pengurusan tunainya bercampur aduk dengan kemahuan peribadi.
Jalan terbaik adalah mempunyai akauntan untuk uruskan akaun bisnes. Akauntan akan membantu dan memberikan peringatan. Dalam masa sama, belajar untuk bezakan duit bisnes dan duit peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan