Selasa, 8 Jun 2010

Nak Couple...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah tadi baru dengar tazkirah daripada seorang kakak. Akaun juga. Namanya kak Nisa. Tadi kak Nisa beri tazkirah mengenai COUPLE. Walaupun dah acapkali mendengarnya tapi hal ini perlu sentiasa diingatkan, lebih-lebih lagi kepada diri ini yang sedang berada di alam Remaja dan sedang menuju ke alam BELIA. Menurut kak Nisa, waktu zaman Belialah kita kena tingkatkan ibadah dan amalan kebajikan sebab waktu ini yang akan menentukan zaman DEWASA kita nanti. Kalau pada masa BELIA kita boleh membentuk diri menjadi muslim yang taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, insyaAllah amalan itu akan berterusan ke zaman DEWASA hingga ke masa tua.

Pasal isu "COUPLE", kak Nisa sedang menyiapkan sebuah buku yang bertajuk " Bagaimana aku menjauhi couple". InsyaAllah akan diterbitkan tidak lama lagi. Isu couple dah lama menguasai minda anak muda zaman moden ini, termasuklah diri saya. Memang tak dapat dinafikan setiap remaja ingin sangat mempunyai TEMAN yang berlainan jantina. Memang sudah fitrah manusia lelaki sukakan wanita, begitu la sebaliknya. Tapi perlu ada cara yang betul untuk meluahkan rasa cinta di hati. Ada adab-adab yang disediakan. ISLAM itu cukup indah sebab ISLAM itu diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara adab-adabnya seperti menjaga ikhtilat (pergaulan) antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, kalau tak mampu berpuasalah kerana puasa itu dapat melemahkan hawa nafsu, kalau berkemampuan berkahwinlah kerana perkahwinan dapat mencegah diri daripada melakukan maksiat. Malah perkahwinan juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Cantiknya adab-adab yang telah digariskan oleh syariat ISLAM yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Allah meredhai ISLAM sebagai agama untuk dianuti oleh manusia kerana ISLAM itu memenuhi fitrah semulajadi manusia. Betapa hebat dan agung-Nya ciptaan Allah.Betapa kasihnya Allah kepada kita hingga menurunkan Nabi untuk memberi peringatan dan khabar gembira kepada manusia dan orang Islam seluruhnya serta nikmat yang tak terkira banyaknya. Hujan, makanan, naik pangkat, dapat bonus, dapat cahaya mata, memperoleh keputusan yang cemerlang, semuanya itu adalah nikmat dan rezeki dari Allah. Kalau nak dibilang dengan jari pun masih tak terkira banyaknya. Subhanallah! Alhamdulillah!

Jadi, sebagai REMAJA dan BELIA, cubalah jauhi COUPLE walaupun manis pengalaman tersebut tapi mengundang DOSA yang mungkin kita tak nampak. Percayalah, Allah akan mengurniakan kita pasangan yang lebih baik, yang lebih menawan dan , yang lebih romantik dan yang lebih mulia akhlaknya jika kita menjauhi hubungan yang terlarang ini. InsyaAllah.